Dera anak dianggap pembawa malang

[ad_1]

HANYA kerana dianggap pembawa malang, remaja perempuan dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandungnya sejak beberapa tahun lalu.

Perlakuan kejam berkenaan terbongkar selepas Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan, 4 Mac lalu.

Sumber berkata, selain dipukul, mangsa yang berusia 17 tahun juga dipercayai disimbah air panas, dipotong kuku sehingga ke bahagian isi serta patah gigi dipercayai akibat didera ibu kandung di rumah mereka di Taman Pandan Mewah, Ampang.

“Malah, mangsa juga pernah mendakwa diugut makan najis dan pernah dilumur najis pada mukanya.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi dan takut untuk pulang ke rumah sebelum diselamatkan serta dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pemeriksaan ke atas mangsa di Hospital Ampang mendapati terdapat kesan melecur di perut, patah gigi dan kuku dipotong sehingga kelihatan bahagian isi.

“Susulan laporan itu, kami menahan suspek yang juga suri rumah berusia 39 tahun di rumahnya semalam, untuk siasatan lanjut.

“Suspek direman selama lima hari bermula hari ini hingga 10 Mac nanti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang mengambil tindakan berani serta pantas menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kes berkenaan.

[ad_2]

Source link

Be the first to comment on "Dera anak dianggap pembawa malang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*