Wow… ‘Stroller’ edisi khas boleh berubah menjadi basikal!

Stroller yang dikeluarkan hanya 570 unit memenuhi ciri-ciri mereka yang dambakan kemewahan. (Gambar Bentley Trike)

Sesiapa sahaja mempunyai bayi pasti akan membeli segala kelengkapan yang bersesuaian untuk kegunaan dan kemudahan ibu bapa serta bayi itu sendiri.

Salah satu barang yang diperlukan ialah stroller yang ketika ini mempunyai pelbagai jenama dan reka bentuk.

Baru-baru ini, Bentley mengeluarkan stroller dengan reka bentuk khas yang dinamakan 6-in-1 Stroller Trike berwarna hitam yang dilihat garang dan sangat menawan.

Tujuan mereka untuk menarik perhatian ibu bapa yang mengguna Bentley atau pengumpul jenama mewah ini bagi memilikinya.

Reka bentuk stroller ini mampu menampung daripada bayi seawal usia 6 bulan sehingga ke 4 tahun.

Menariknya stroller ini boleh bertukar menjadi basikal mengikut perkembangan usia kanak-kanak itu.

Apabila usia bayi meningkat, stroller boleh ditukar menjadi basikal. (Gambar Bentley Trike)

Inilah kelebihan yang ditampilkan selain terdapat tempat pemegang cawan, bakul simpanan, kanopi dan kerusi yang boleh dibaringkan.

Antara ciri-ciri lain yang ditambah bingkai “matte-black”, disesuaikan dengan kain satin dengan sentuhan eko-kulit, benang warna emas disulam di sekitar tempat duduk, warna emas pada lambang Bentley dan roda replika GT.

6-in-1 Stroller Trike ini terhad kepada 570 unit sahaja dan dijual pada harga RM2,500.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]


Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *